Isteriku bukan bidadari tapi aku juga bukan malaikat


Alhamdulillah, selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Rasulullah SAW, keluarga, dan sahabatnya.

Anda telah berkeluarga? Bagaimana pengalaman Anda selama mengharungi bahtera rumah tangga? Semulus dan seindah yang Anda bayangkan dahulu?

Mungkin saja Anda menjawab, “Tidak.”

Akan tetapi, izinkan saya berbeza dengan Anda, “Ya,” bahkan lebih indah daripada yang saya bayangkan sebelumnya.

Saudaraku, kehidupan rumah tangga memang penuh dengan suka duka, lika-liku, dan pasang surut. Kadang-kadang Anda senang, dan kadang-kadang Anda bersedih. Selalu sahaja, Anda tersenyum di hadapan pasangan Anda, dan kadang kala Anda cemburu dan bermasam muka.

Bukankah demikian, Saudaraku?

Berbagai tanggung jawab dalam rumah tangga sentiasa menghiasi hari-hari Anda. Semakin lama usia pernikahan Anda, maka semakin berat dan bertambah banyak perjuangan yang harus Anda tunaikan.

Tanggung jawab terhadap anak-anak, pekerjaan, kawan, masyarakat, dan lain sebagainya.

Di antara tanggung jawab yang tidak akan pernah lepas dari kehidupan Anda ialah tanggung jawab terhadap pasangan hidup Anda.

Sebelum berkahwin, sudah tentu saja Anda sebagai calon suami membayangkan bahawa pasangan hidup Anda cantik rupawan, bangsawan, kaya raya, taat, pandai mengurus rumahtangga, penyayang, sabar, dan berbagai gambaran indah.

Bukankah demikian, Saudaraku?

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

“Biasanya, seorang wanita dinikahi kerana empat perkara: harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka, hendaknya engkau lebih memilih wanita yang beragama, nescaya engkau beruntung.”

(Muttafaqun ‘alaihi)

Al-Qurthubi menjelaskan makna hadis ini dengan berkata, “Empat perkara inilah yang biasanya mendorong seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Dengan demikian, hadis ini bertepatan dengan apa yang terjadi di masyarakat, dan bukan perintah untuk menjadikannya sebagai pertimbangan. Secara tekstual pun, hadis ini menunjukkan bahawa dibolehkan menikahi seorang wanita dengan keempat perkara itu. Akan tetapi, hendaknya pertimbangan agama lebih didahulukan.”

Keterangan al-Qurthubi ini sama maksud dengan hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Abdullah bin Amr al-’Ash ra, “Nabi SAW bersabda,

لاَ تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ لِحُسْنِهِنَّ فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيَهُنَّ وَلاَ تَزَوَّجُوهُنَّ لِأَمْوَالِهِنَّ فَعَسَى أَمْوَالُهُنَّ

أَنْ تُطْغِيَهُنَّ وَلَكِنْ تَزَوَّجُوهُنَّ عَلَى الدِّينِ وَلَأَمَةٌ خَرْمَاءُ سَوْدَاءُ ذَاتُ دِينٍ أَفْضَلُ

‘Janganlah engkau menikahi wanita hanya kerana kecantikan parasnya, kerana boleh saja parasnya yang cantik menjadikannya sengsara. Jangan pula engkau menikahinya kerana harta kekayaannya, kerana boleh saja harta kekayaan yang ia miliki menjadikan lupa daratan. Akan tetapi, hendaklah engkau menikahinya kerana agamanya. Sungguh, seorang budak wanita berhidung pesek dan berkulit hitam, tetapi ia patuh beragama, lebih utama dibanding mereka semua.’”

(Hr. Ibnu Majah; oleh al-Albani dinyatakan sebagai hadis dhaif)

Akan tetapi, sekarang, setelah Anda berkahwin, wujudkah seluruh impian dan gambaran yang dahulu terlukis dalam anganan Anda?

Bila benar-benar seluruh impian Anda wujud pada pasangan hidup Anda, maka saya turut mengucapkan selamat berbahagia di dunia dan akhirat. Bila tidak, maka tidak perlu berkecil hati atau kecewa.

Saudaraku, besarkan hati Anda, kerana nasib serupa tidak hanya menimpa Anda seorang, tetapi juga menimpa kebanyakan umat manusia.

عَنْ أَبِى مُوسَى رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَمُلَ مِنَ الرِّجَالِ

كَثِيرٌ، وَلَمْ يَكْمُلْ مِنَ النِّسَاءِ إِلاَّ آسِيَةُ امْرَأَةُ فِرْعَوْنَ، وَمَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ، وَإِنَّ فَضْلَ عَائِشَةَ

عَلَى النِّسَاءِ كَفَضْلِ الثَّرِيدِ عَلَى سَائِرِ الطَّعَامِ

Abu Musa ra menuturkan, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Banyak lelaki yang dapat menggapai kesempurnaan, sedangkan tidaklah ada dari wanita yang dapat menggapainya kecuali Asiah isteri Fir’aun dan Maryam binti Imran. Sesungguhnya, kelebihan Aisyah dibanding wanita lainnya bagaikan kelebihan bubur daging [1] dibanding makanan lainnya.”

(Muttafaqun ‘alaihi)

Saudaraku, berbahagia dan berbanggalah dengan pasangan hidup Anda, kerana pasangan hidup Anda adalah wanita terbaik untuk Anda!

Anda tidak percaya? Silakan Anda membuktikannya. Bacalah sabda Nabi SAW berikut ini, lalu terapkanlah pada isteri Anda.

لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

“Tidak sepatutnya bagi lelaki yang beriman untuk meremehkan wanita yang beriman. Bila ia tidak menyukai satu perangai darinya, pasti ia puas dengan perangainya yang lain.”

(Hr. Muslim)

Saudaraku, Anda kecewa kerana isteri Anda kurang pandai memasak? Tidak perlu khuatir, kerana ternyata isteri Anda adalah penyayang.

Anda kurang puas dengan isteri Anda yang kurang pandai mengurus rumah dan kurang sabar? Tidak usah berkecil hati, kerana ia begitu cantik rupawan.

Anda berkecil hati kerana isteri Anda kurang cantik? Segera besarkan hati Anda, kerana ternyata isteri Anda subur sehingga Anda mendapatkan kurniaan zuriat yang soleh dan solehah. Cuba Anda bayangkan, betapa besar penderitaan Anda bila Anda menikahi wanita cantik akan tetapi mandul.

Demikianlah seterusnya.

Tidak berperikemanusiaan bila Anda hanya pandai mengorek kekurangan isteri, namun Anda tidak mahir dalam mengorek kelebihan-kelebihannya. Buktikan Saudaraku, bahawa Anda benar-benar seorang suami yang berjiwa besar, sehingga Anda peka dalam membaca kelebihan pasangan Anda.

Dahulu, Nabi SAW begitu peka dan mahir dalam membaca segala hal, termasuk suasana hati isterinya. Aisyah mengisahkan,

قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ: إِنِّي لَأَعْلَمُ إِذَا كُنْتِ عَنِّي رَاضِيَةً، وَإِذَا كُنْتِ عَلَيَّ

غَضْبَى . قَالَتْ: فَقُلْتُ مِنْ أَيْنَ تَعْرِفُ ذَلِكَ، فَقَالَ: أَمَّا إِذَا كُنْتِ عَنِّي رَاضِيَةً فَإِنَّكِ تَقُولِيْنَ لاَ

وَرَبِّ مُحَمَّدٍ، وَإِذَا كُنْتِ غَضْبَى قُلْتِ لاَ وَرَبِّ إِبْرَاهِيمَ. قَالَتْ: قُلْتُ أَجَلْ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا

أَهْجُرُ إِلاَّ اسْمَكَ

“Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, ‘Sungguh, aku mengetahui bila engkau redha kepadaku, demikian pula bila engkau sedang marah kepadaku.’ Spontan, Aisyah bertanya, ‘Darimana engkau dapat mengetahui hal itu?’ Rasulullah menjawab, ‘Bila engkau sedang redha kepadaku, maka ketika engkau bersumpah, engkau berkata, ‘Tidak, demi Tuhan Muhammad. Adapun bila engkau sedang dirundung amarah, maka ketika engkau bersumpah, engkau berkata, ‘Tidak, demi Tuhan Ibrahim.’’ Mendengar penjelasan ini, Aisyah segera berkata, ‘Benar, sungguh demi Allah, wahai Rasulullah, ketika aku marah, tiada yang aku tinggalkan, kecuali namamu saja.’”

(Muttafaqun ‘alaihi)

Demikianlah teladan Nabi SAW. Beliau begitu peka dengan suasana hati isterinya, sehingga beliau dapat membaca isi hati isterinya dari ucapan sumpahnya. Walaupun Aisyah berusaha untuk menyembunyikan isi hatinya, tetap bermanis muka, sentiasa berada di sanping Rasulullah SAW, dan berbicara seperti biasa, namun Nabi SAW dapat menebak suasana hatinya dari perubahan cara bersumpahnya. Luar biasa, perhatian dan kepekaan yang tidak ada bandingnya.

Tidak menghairankan, bila baginda SAW bersabda,

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

“Orang terbaik di antara kalian ialah orang yang terbaik dalam memperlakukan isterinya, dan aku adalah orang terbaik di antara kalian dalam memperlakukan isteriku.”

(Hr. At-Tirmidzi)

Bagaimana dengan Anda, Saudaraku? Dengan apa Anda dapat mengenali dan merasa suasana hati pasangan Anda?

Saudaraku, tidak ada salahnya bila sejenak Anda kembali memutar lamunan dan gambaran tentang isteri ideal dan idaman yang pernah singgah dalam benak Anda. Selanjutnya, bandingkan gambaran isteri idaman Anda dengan gambaran Rasulullah SAW tentang kaum wanita berikut ini,

الْمَرْأَةُ كَالضِّلَعِ ، إِنْ أَقَمْتَهَا كَسَرْتَهَا، وَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَفِيهَا عِوَجٌ

“Wanita itu bagaikan tulang rusuk. Bila engkau ingin meluruskannya, nescaya engkau menjadikannya patah, dan bila engkau bersenang-senang dengannya, nescaya engkau dapat bersenang-senang dengannya, sedangkan ia adalah bengkok.”

(Muttafaqun ‘alaihi)

Pada riwayat lain, baginda SAW bersabda,

لاَ تَسْتَقِيمُ لَكَ الْمَرْأَةُ عَلَى خَلِيقَةٍ وَاحِدَةٍ وَإِنَّمَا هِيَ كَالضِّلَعُ إِنْ تُقِمْهَا تَكْسِرْهَا وَإِنْ تَتْرُكْهَا تَسْتَمْتِعْ

بِهَا وَفِيهَا عِوَجٌ

“Tidak mungkin isterimu bertahan dalam satu keadaan. Sesungguhnya, wanita itu bak tulang rusuk. Bila engkau ingin meluruskannya, nescaya engkau menjadikannya patah. Adapun bila engkau biarkan begitu saja, maka engkau dapat bersenang-senang dengannya, (tetapi hendaklah engkau ingat) ia adalah bengkok.”

(Hr. Ahmad)

Sekarang, silakan Anda berfikir sejenak tentang wanita pendamping hidup Anda. Temukan berbagai kelebihan padanya, dan kemudian tersenyumlah, kerana ternyata isteri Anda memiliki banyak kelebihan.

Lalu, bila pada suatu hari Anda merasa tergoda oleh kecantikan wanita lain, maka ketahuilah bahawa sesuatu yang dimiliki oleh wanita itu ternyata juga telah dimiliki oleh isteri Anda. Maka, bergegaslah untuk membuktikan hal ini pada isteri Anda. Rasulullah SAW bersabda,

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ مَعَهَا مِثْلَ الَّذِي مَعَهَا

“Bila engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu! Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal yang dimiliki oleh wanita yang engkau lihat itu.”

(Hr. At-Tirmidzi)

Demikianlah caranya agar Anda dapat sentiasa puas dan bangga dengan pasangan hidup Anda. Anda selalu dapat merasa bahawa ladang Anda nampak hijau, sehijau ladang tetangga, dan bahkan lebih hijau.

Selamat berbahagia dengan pasangan hidup yang telah Allah kurniakan kepada Anda. Semoga Allah memberkati bahtera rumah tangga Anda.

Sebaliknya, sebagai calon isteri, Anda juga berhak untuk mendambakan pasangan hidup yang tampan, gagah, kaya raya, pandai, berkedudukan tinggi, penuh perhatian, setia, dermawan, dan lain-lain.

Betapa indahnya gambaran rumah tangga Anda, dan betapa istimewanya pasangan hidup Anda, andai gambaran Anda ini wujud. Bukankah demikian, Saudariku?

Saudariku, setelah Anda berkahwin, benarkah seluruh kriteria suami ideal yang pernah menghiasi lamunan Anda ini wujud pada pasangan hidup Anda? Bila benar wujud, maka saya ucapkan selamat berbahagia di dunia dan akhirat, dan bila tidak, maka tidak perlu berkecil hati. Besarkan hatimu, wahai Saudariku! Percayalah, bahawa pada pasangan hidup Anda ternyata terdapat banyak kelebihan.

Bila selama ini, Saudari sakit hati kerana suami Anda miskin harta, maka tidak perlu kuatir, kerana ia penuh dengan perhatian dan tanggung jawab. Bila selama ini, Saudari kecewa kerana suami Anda ternyata kurang tampan, maka percayalah bahawa ia setia dan bertanggung jawab. Andai selama ini, Saudari kurang puas kerana suami Anda kurang perhatian dengan urusan dalam rumah, tetapi ia begitu membanggakan dalam urusan luar rumah.

Juga, andai selama ini, sikap suami Anda terhadap Anda kurang simpatik, maka tidak perlu hanyut dalam duka dan kekecawaan, karena ia masih punya jasa baik yang tidak ternilai dengan harta. Ternyata, selama ini, suami Anda telah menjaga kehormatan Anda, menjadi penyebab Anda merasakan kebahagiaan menimang putra-putri Anda.

Saudariku, Anda tidak perlu hanyut dalam kekecewaan kerana suatu hal yang ada pada diri suami Anda. Betapa banyak kelebihan-kelebihan yang ada padanya. Berbahagia dan nikmatilah kedamaian hidup rumah tangga bersamanya.

Berlarut-larut dalam kekecewaan terhadap suatu perangai suami Anda dapat menghancurkan segala keindahan dalam rumah tangga Anda. Bukan hanya hancur di dunia, bahkan berkelanjutan hingga di akhirat kelak.

Saudariku, semaklah peringatan Nabi SAW berikut ini. Agar anda dapat menjadikan bahtera rumah tangga Anda seindah dambaan Anda.

أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ، قِيلَ: أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ، وَيَكْفُرْنَ

الإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا، قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

“Aku diberi kesempatan untuk menengok ke dalam neraka, dan ternyata kebanyakan penghuninya ialah para wanita, akibat mereka yang selalu kufur/ingkar.” Spontan, para sahabat bertanya, “Apakah yang engkau maksud adalah mereka kufur/ingkar kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka biasa engkar terhadap perilaku baik, dan engkar terhadap jasa baik. Andai engkau berbuat baik kepada mereka seumur hidupmu, lalu ia mendapatkan suatu hal padamu, nescaya mereka begitu mudah berkata, ‘Aku tidak pernah mendapatkan kebaikan sedikit pun darimu.’”

(Muttafaqun ‘alaihi)

Anda mendambakan kebahagian dalam rumah tangga?

Temukanlah bahawa kebahagian hidup dan berumah tangga terletak pada genggaman tangan suami Anda. Pandai-pandailah membawa diri, sehingga suami Anda rela membentangkan kedua telapak tangannya, dan memberikan kebahagian berumah tangga kepada Anda.

Percayalah Saudariku, suami Anda adalah pasangan terbaik untuk Anda.

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا اُدْخُلِي

الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

“Bila seorang isteri telah mendirikan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, nescaya kelak akan dikatakan kepadanya, ‘Silakan engkau masuk ke syurga dari pintu mana pun yang engkau suka.’”

(Hr. Ahmad dan lainnya)

Tidakkah Anda mendambakan termasuk orang-orang mukminah yang mendapatkan kebebasan masuk syurga dari pintu yang mana pun?

Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan. Wallahu a’lam bissawab.





1 comments:

bunda sartika said...

DULUNYA SAYA TIDAK PERCAYA YANG NAMANYA PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG SAYA PERCAYA AKAN ADANYA PERAMAL TOGEL,KARNA SAYA SUDAH BUKTIKAN BAHWA TERNYATA ANKA RITUAL,AKII DEWA YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA BENAR-BENAR JEBOL DAN SAYA MENANG UANG TUNAI SEBANYAK 200JUTAL,DAN AKHIRNYA DIBULAN INI SAYA SUDAH BISA MEMBAYAR HUTANG SAYA 50JT,DAN 150JT,SAYA JADIKAN MODAL MENGUSAHA RESTORAN,JADI BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA,HUBUNGI AKII DEWA DI NOMOR [085 293 577 799]

Post a Comment