Couple..haram ke?

Couple itu HARAM ke..??

Sebut saja pasal ‘couple’ rasanya dah terlampau banyak web dan blog-blog yang membincangkan isu ini. Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk berterusan menghukum atau menegakkan benang yang dah sememangnya basah mahupun kering kerana jika benang yang basah atau kering ni nak ditegakkan, memang mustahil la..paling tak pun susah sebab memang susah. Kalau dah tak betul tetap tak betul jugak. Jadi janganlah kita berterusan nak menegakkannya.

Pada saat, waktu, ketika dan detik ana menarikan jari di papan kekunci laptop, ana sejenak dan berterusan berfikir. Bukan berfikir dengan anganan kosong hingga hinggap di bumi Malaysia, tetapi berfikir dengan sepenuh hati dan akal yang waras.

Pertama, mari kita lihat erti bagi satu istilah yang kita panggil cinta, couple, pacaran dalam versi indon dam macam-macam lagi. Ana dan antum semua cuba memahaminya dari kacamata remaja atau muda-mudi zaman kini. Tak usah kita melangkaui batas sehingga ke batasan orang tua, cukup dan berhenti hanya pada remaja.

Kita mulakan dengan perspektif umum dahulu. Ada yang menganggap cinta itu berlaku bila mata bertentang mata (dup dap jantung berdegup mentafsir setiap bait dari lirikan mata tersebut). Ada yang menganggap cinta itu bila ada pengisytiharan atau declaration rasmi I LOVE U atau SAYA CINTAKAN AWAK. Ada juga yang rasa cinta itu bermula bila ‘saya tahu dia suka saya’ dan ‘dia tahu saya suka dia’ (perasan tahap apa la..ye ke orang tu suka dia). Stop. Itu dah cukup.

Sebenarnya masih ramai yang keliru bila mentafsirkan makna cinta. Malahan ada yang tidak tahu bila bermulanya cinta. Ada yang cuba menghalalkan cinta menurut agama islam biarpun ia berlaku di luar perkahwinan (macam menghalalkan benda yang haram, tapi terlindung sebab nama agama..ingat agama ni permainan ke?). Yang lebih melampau lagi bila ada yang gunakan dakwah sebagai LESEN BESAR untuk bercinta. Yang ikhwah kata akhwat perlukan bantuan saya, yang akhwat pula kata ikhwah perlukan dorongan dari saya.

Persoalan yang ana nak bawakan kat sini adalah adakah couple itu haram? Kenapa? Jangan terus menjawab persoalan yang diutarakan di sini. Antum dan antunna semua teruskan membaca dan berfikir. Masalah pendefinisian couple atau cinta itu sendiri sudah mengelirukan. Bagaimana individu itu mentafsirkan cinta takkan habis kalau ditanya pada orang perseorangan. Ini kerana mereka mentafsir dari hati dan kehendak mereka. Ada yang hebat lagi menggunakan daliil dari al-quran dan petikan kata-kata ulama muktabar serta kitab-kitab tertentu. Ini semua untuk menghalalkan cinta menurut kehendak nafsu.

Susah untuk mencari kata-kata ulama mahupun imam-imam besar tentang dari mana bermulanya cinta ini. Kita ambil contoh yang paling mudah dan dekat dengan kita. Kata-kata dari filem-filem melayu zaman P Ramlee dan sebagainya (semestinya mereka tidak tergolong dalam kategori ulama dan imam besar). CINTA ITU MULANYA DARI MATA, DAN TURUNNYA KE HATI. Dari hati terbitnya rasa sayang dan dari rasa sayang perasaan rindu mula menjengah ke segenap ruang diri. Sampaikan makan pun tak kenyang (ini elok sangat diamalkan sebab ‘tak ngabehkan boras omak’ kata orang nogori), mandi tak basah (tak payah mandi la, membazir air dan duit nak bayar bil je) Betulkah ungkapan atau situasi ini? Jangan jawab persoalan ini. Teruskan membaca.

Lihat pula Firman Allah dalam surah An-Nur:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat (ayat 30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya (ayat 31)

Pertamanya dari kedua-dua ayat ini, Allah SWT memerintahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita yang beriman supaya menahan pandangan dan yang keduanya barulah memelihara kemaluan. Berfikir sejenak, mengapa pandangan yang harus di tahan terlebih dahulu dan bukan kemaluan yang di jaga?

Ana simpulkan secara mudah, KERANA ZINA ITU BERMULA DARI MATA DAN KEMUDIAN TURUN KE HATI! Jadi jagalah pandangan mata dari melihat atau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Kedengaran janggal pula di telinga, ayat supaya menjaga mata dari melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya ini. Mata bukanlah boleh melakukan apa-apa. Mata sekadar mampu melihat. Mata bukanlah seperti anggota lain seperti tangan, kaki dan lain-lain yang memang terang-terangan boleh menjadi organ penzinaan. Fikirkan lagi.

“Kami pandai jaga la kalau kami couple pun. Kami tak jumpa langsung. Kadang-kadang kami sms jek, YM dan hantar email”. Ini kata-kata orang yang pandai menjaga hubungan couple mereka. Tapi organ apakah yang mereka gunakan untuk membaca sms, YM atau email tersebut kalau bukan MATA.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
Sesungguhnya Allah Taala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.

Lihat pula sabda Rasulullah saw di atas yang memperincikan masalah zina. Teliti turutannya. Mata adalah zina terutama yang di beri penekanan. Kemudian barulah di ikuti lidah, hati dan kemaluan. Baiklah kita hentikan perbincangan mengenai zina. Tak semua orang yang bercouple akan berzina (kononnya). Kita mula pula perbincangan mengenai sesuatu yang suci katanya. CINTA.

Cinta itu sendiri terlampau subjektif dan terlalu sukar untuk di tafsir. Ia boleh membawa kepada yang makruf jika betul caranya dan juga membawa kepada yang mungkar jika salah caranya. Cinta yang sebenar adalah cinta yang menuruti batas-batas dan tuntutan islam. Dan bila bercakap mengenai cinta yang memenuhi batasan atau tuntutan islam tentulah cinta yang telah sah HALAL di sisi Allah. Cinta selepas AKAD. Cinta adalah HAK mutlak milik Allah SWT. Ia adalah pinjaman dari Allah kepada hambanya untuk di letakkan di tempat yang sewajarnya. Ianya amat indah jika betul dan kena caranya.

Bermacam-macam rasa muncul bila kita dah suka kat orang tu. Rasa cinta itu perlu di tumpahkan menurut cara yang sebenar. Rasa cinta perlu di letakkan pada yang sepatutnya. Rasa cinta perlu di luah mengikut turutan yang sewajarnya. Apakah turutan yang sewajarnya ini?

Bila kita ketahui cinta ini milik Allah dan pinjaman dariNya kepada kita, tentulah turutan cinta yang pertama adalah cinta kepada Khaliq. Cinta teratas dan cinta teragung. Bila kita bercinta atau bercouple. Rasa cinta itu terlampau mendalam. Rasa rindu sentiasa membuak-buak dan meronta-ronta dalam jiwa. Setiap masa dan ketika kita ingin bersama. Sekiranya tidak mendengar suara pun sudah mencukupi. Dan sekiranya masih tidak mampu, membaca tulisan-tulisannya melalui sms pun sudah memadai. Setiap masa dan ketika kita rasa ragu dengan cinta pasangan. Setiap masa juga kita ingin memastikan cintanya pada kita. Setiap masa kita nak tanya “betul ker u suka i ni. betul ker u cinta i ni.” Supaya pasti cintanya tidak surut, cintanya tidak pudar seperti pudarnya pesona Cleopatra (novel tulisan Habiburahman).

Tapi dalam masa yang sama pernahkan kita pastikan atau lakukan perkara yang sama pada Allah swt? Bertanya cintaNya pada kita, memastikan supaya kita sentiasa di dalam cintaNya. Dan yakinkah kita meraih cintaNya?
Tinggalkan persoalan ini. Antum dan antunna fikir.

Klimaksnya bagi artikel ini berdasarkan huraian dari awal ialah COUPLE sebelum akad itu TIDAK HARAM kalau antum sanggup membutakan mata, hati, dan membisukan lidah antum. Betullah kata-kata pujangga, CINTA ITU BUTA!

Dan couple itu haram kalau antum tidak mahu butakan mata, hati dan bisukan lidah antum. Antum dan antunna fikir dan pilih. HARAM atau TIDAK.

By dr.muslimah

1 comments:

Muhammad Afifi bin Abdullah said...

Erm... penyelesaiannya buat kita yang menuntut ni, marilah kita sama2 mengikut jejak langkah ust Al-Hafiz kita membina masjid...

Post a Comment